Friday, October 2, 2015

AMWAY- MENGAPA NUTRILITE

TERBAIK DARI ALAM TERBAIK DARI SAINS



NUTRILITE ialah jenama vitamin, mineral dan suplemen dietari yang menyediakan rangkaian suplemen lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk pemakanan am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan pemakanan kanak-kanak. NUTRILITE mendapatkan pekatan tumbuhan organik semula jadi yang kebanyakannya ditanam di ladang kami sendiri dan vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia untuk memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Semua bahan yang digunakan dalam produk NUTRILITE telah dikaji, diuji dan dirumus dengan terperinci untuk menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pemakanan masyarakat ke arah mencapai kesihatan optimum.


PROSES PERLADANGAN SEMULA JADI YANG UNIK

NUTRILITE ialah satu-satunya jenama vitamin dan mineral global yang menanam, memetik dan memproses tanaman di ladang kami sendiri yang disahkan organik. Semua ladang kami iaitu lebih 2590 hektar (6400 ekar) di California, Washington State, Mexico dan Brazil mengembalikan semula kesuburan tanah dan mengelakkan racun perosak, racun rumpai dan baja sintetik. Mereka juga adalah jiran global yang baik serta berdedikasi untuk berbakti kepada masyarakat.


Menjana Pendapatan Melalui Amway

Wednesday, October 8, 2014

TIDAK TAHU HENDAK BERNIAGA APA?

Perniagaan Internet Menjana Pendapatan Nak pencen lagi tahun 3 tahun setengah (lebih kurang- 2018). Niat hati nak cari le satu perniagaan yang kecil-kecilan. Tapi, tak tahu le nak meniaga apa?

Saturday, September 28, 2013

MENJANA PENDAPATAN MELALUI AMWAY

Perniagaan Internet Menjana Pendapatan



Hari ini 28 September 2013, hari Sabtu - duduk sahaja di rumah. Tak tahu hendak buat apa, baca-baca AMAGRAM lama. Teringin juga hendak aktif semula dalam perniagaan AMWAY. Seronok dan konfiden dengan produk Nutrilite. Yang paling menakutkan dan ngeri bila terbaca artikel tentang penyakit-penyakit. Pohon ALLAH swt lindungi dari segala bencana ini. Dari segi penyakit, adalah amat baik jika kita mengamalkan langkah-langkah MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBAT. Biarlah kita berhabis wang ringgit kerana inigin mencegah daripada berhabis @ bergadai kerana MENGUBAT.



BERNIAGA AMWAY...MENGAPA AMWAY?


WEBSITE AMWAY

DAPATKAN LEBIH DARIPADA PENDAPATAN TAMBAHAN. MULAKAN PERNIAGAAN ANDA SENDIRI

Lebih daripada 3 juta orang di seluruh dunia sudah merintis jalan ke arah kejayaan mereka. Kami menawarkan peluang, sokongan syarikat milik keluarga yang stabil dari segi kewangan dan telah bergiat dalam perniagaan ini selama lebih daripada 50 tahun. Amway adalah komuniti global yang beroperasi di lebih daripada 100 buah negara dan wilayah dan bersedia untuk menawarkan sokongan dan satu pelan pampasan yang membayar lebih banyak bonus pada 2010 berbanding syarikat jualan langsung yang lain.



MODEL PERNIAGAAN



Perniagaan AMWAY memberi ganjaran kepada anda untuk menjual produk dan menaja orang lain melakukan perkara yang sama. Apabila perniagaan anda berkembang, begitu juga ganjaran anda.


Dalam perniagaan ini, anda boleh menjana pendapatan dari keuntungan runcit, bonus pencapaian bulanan, bonus kepimpinan bulanan dan tahunan, dan anugerah wang tunai yang lain dan insentif perniagaan yang berdasarkan pencapaian kumpulan. Kami menyokong perniagaan anda pada setiap langkah dengan menyediakan alat perniagaan bertaraf dunia seperti perkhidmatan pelanggan, pengurusan perniagaan, pengurusan pesanan dan latihan dan motivasi dalam bidang tersebut. Pengedar atasan anda menyediakan bimbingan peribadi, nasihat, sokongan dan bimbingan. Perniagaan Bebas AMWAY adalah tentang orang dan hubungan. Kami menyokong antara satu sama lain dalam perjalanan kami menuju kejayaan. AMWAY juga menyediakan Penasihat Jualan yang membekalkan nasihat, cadangan latihan dan hala tuju perniagaan yang boleh membantu.



Setiap anggota keluarga AMWAY mempunyai sumber latihan terbukti bertaraf dunia tersedia untuk mereka, yang ditawarkan oleh Pusat Pembelajaran. Pusat Pembelajaran menawarkan kursus latihan dalam talian percuma yang bertujuan untuk membantu anda menjual produk, membina perniagaan anda, dan mewujudkan keyakinan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda. AMWAY membuat pelaburan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk meningkatkan kesedaran awam tentang syarikat, peluang perniagaan dan produk yang kami tawarkan. Kami menyokong setiap perniagaan bebas dengan pengiklanan, penajaan dan acara kebangsaan dan setempat. Anda tidak berseorangan dalam perniagaan AMWAY.

IBU PEJABAT AMWAY


MENJADI PENGEDAR


Untuk memulakan perniagaan AMWAY anda sendiri, anda perlu mendaftar dengan kami sebagai Pengedar, yang membolehkan anda memperoleh pendapatan melalui Pelan Pampasan kami. Jika anda mengenali Pengedar AMWAY, anda perlu berbincang dengannya tentang bagaimana perniagaan ini dapat membantu anda mencapai matlamat peribadi anda. Jika anda ingin berhubung dengan Pengedar AMWAY, kami boleh membantu anda mencari seseorang yang sesuai dengan kepentingan dan keperluan anda.


Anda boleh mendaftar DI SINI
SELAMAT DATANG KE AMWAY!

Salah satu perniagaan jualan langsung yang terbesar di dunia dikuasakan oleh: Jenama Yang Memberikan Peluang Keajaiban Yang Menguasakan Hubungan Yang Berjaya Bertahan Dengan Kewarganegaraan Global Yang Bermanfaat.



KAMI ADALAH KELUARGA JENAMA GLOBAL


Portfolio global kami boleh didapati di mana saja AMWAY beroperasi. Ini adalah jenama di mana pengedar AMWAY membina perniagaan mereka. Jenama yang melakukan keajaiban kepada tubuh, minda dan dunia anda.



Terdapat banyak produk dari AMWAY yang boleh diperkenalkan kepada pengguna atau pelanggan. Antaranya, kita boleh perkenalkan:
Makanan tambahan NUTRILITE
Produk kesihatan
Jenama kecantikan ARTISTRY
Mandian & Badan
Produk Automotif-Penjagaan kereta
Produk Bayi & Kanak
Peralatan Rumah
Amway Home
BIOQUEST FORMULA™ Technology
Penjagaan Permukaan / Barangan di Rumah
PENJAGAAN KAIN CUCIAN
Penjagaan Pinggan Mangkuk

Monday, January 30, 2012

SUSAHNYA MENJAGA KERETA


Hari ini sahaja, saya sudah kena keluar RM700 lebih. Nak tahu pasal apa? Inilah pasa kereta yang sudah lama tak bergerak.. Habis semua jadi trouble. Tahu kah anda, bateri kena beli baru RM 160 yang kering punya. Pakai sahaja tidak payah masuk air. Kalau tahan sampai 2 atau 3 tahun kira ok le.. Lepas tu, enjin pulak tak boleh start. Panggil pormen datang tengok. Kena servis kaburator pulak.. Lepas itu, kena servis tangki minyak kerana tersumbat dan minyak tak sampai ke kaburator.. Lepas tu selesai enjin jalan lancar. Apa lagi, ongkosnya pak kena RM135.. Melopong juga llah anak yang nombor dua tu keluar duit bayar. Dia nak bawa kereta ke Shah Alam, sambung study dia 2nd semester. Aircond pula tak berfungsi. Hantar kedai aircond pulak, katanya kena pulak RM170. Sebelum itu, perghi check eksoz pula. Cina kedai tu kata hancur, kena RM280.. Cubalah anda kira berapa sekarang kena duit...Letih juga lah. Tapi, harap-harap anak saya itu tahu lah betapa susahnya nak maintain kereta



Tapi, semua orang mahu ingat, beli kereta baru lagu susah duit banyak keluar. Sepak teranjang sahaj mesti kena kurang lebih RM1000. Kalau beli kereta BMW atau Mercedez ke tak apa jugak. Tengok kereta BMW idaman saya. Saya pun tak tahu bila nak boleh pakai.. Harap-harap sebelum pejam mata bolehlah merasa. Bukan senang jugak!






Wednesday, March 3, 2010

LENGKAPKAN BUKU PERTAMA ANDA MELALUI "SIMPLE HABITS".

Ramai penulis gagal melengkapkan buku kerana tidak mempunyai "habits" yang senang. Secara sedar, "habits" atau amalan ini nampaknya mudah, tetapi pelaksanaannya agak sukar. Saya suka menyenaraikannya untuk panduan anda dalam menghasilkan buku pertama.

1. Masa menulis.
Amalan yang paling penting dilakukan ialah menulis setiap hari. Anda MESTI menetapkan atau mencari masa untuk menulis pada setiap hari tanpa TIDAK!Anda mungkin hanya menulis satu atau dua muka surat dalam sehari. Ini pun sebenarnya sudah memadai dan mencukupi asalkan anda tetap menulis pada setiap hari.Adalah amat baik jika anda menetapkan masa untuk menulis sama ada suatu masa di waktu pagi; atau selepas makan tengahari; atau selepas waktu kerja dan mungkin waktu sebelum tidur.(Itu pun kalau tidak diganggu oleh isteri atau suami...) Pilihlah masa anda dalam sehari dari tidak melakukan langsung aktiviti penulisan. Tetapkan masa hanya lebih kurang 30 minit hingga 2 jam adalah tempuh terbaik untuk menulis. Mulakan sekarang!



2. Menulis secara berfokus.
Elakkan gangguan-gangguan sewaktu menulis, sama ada melayari internet, melayan e-mel dan sebagainya. Sebaiknya, putuskan internet dan padamkan telefon atau "handphone" sertakan jauhkan "headphone" dari telingan anda. Dengan cara ini, anda akan lebih fokus dalam menulis. Mungkin fokus anda untuk menulis eBook.


3. Adakan buku log(writing log).
Sediakan yang "simple" untuk mencatat aktiviti penulisan anda seperti bilangan perkataan, bilangan helaian, topik yang anda tulis. Biasakan menyemak semula hasil penulisan anda, dan tuliskan dalam buku log anda. Semak ejaan dan susun atur bahasa. (Elakkan atau kurangkan laras bahasa formal). Anda akan berasa puas hati jika anda menulis seperti apa yang anda kehendaki. Ini sekurang-kurangnya akan menambah minat anda untuk menmulis setiap hari.


4. Masa idea (idea time)>
Sentiasa mencari idea atau berfikir untuk menulis sesuatu yang berfaedah kepada pembaca. Latihan berfikir untuk mencari idea adalah penting dan menjadikan anda pakar dan mahir untuk menjana idea menjadi sebuah artikel, buku atau buletin.


5. Menangkap idea (capture ideas).
Anda didatangi dengan pelbagai idea dalam setiap hari di tempat yang berbeza. Mungkin anda mempunyai idea untuk menulis semasa anda menghantar anak ke sekolah; atau semasa menziarahi kawan terlantar di hospital dan sebagainya. Idea-idea ini perlu direkod dengan segera dalam "notebook" atau diari. Idea yang datang pada masa-masa tertentu perlu dihargai dan akan menjadi bahan penulisan anda yang digemari ramai.Ada orang amat sukar mencari dan mendapat idea!




6. Bermula segera!
Anda perlu memulakan segera amalan menulis tanpa berlengah-lengah lagi. Sekiranya, anda belum memulakannya lagi, besar kemungkinan anda tidak akan menulis apa-apa. Tidak kira apa yang anda gtulios; yang penting ialah jari-jemari anda akan mula bergerak. Apabila anda bermula, menulis akan menjadi suatu perkara yang mudah dan menarik!


7. Menulis masa ilham datang.
Ini sepatutnya menjadi suatu rutin dan perlu dijadikan habit. Ilham adalah suatu idea yang datang tanpa mengira waktu dan tempat. Jangan lepaskan peluang. Mungkin anda ingin menulis sesuatu yang boleh menghasilkan pendapatan melalui kaedah pemasaran internet atau internet business yang berjaya melahirkan ramai jutawan internet di dalam mahu pun luar negara.

Thursday, February 25, 2010

MENGAPA EBOOKS ADALAH PERLU UNTUK KEJAYAAN USAHAWAN INTERNET?

Jika, anda telah menetapkan minda untuk berjaya dalam dunia usahawan internet atau "internet business", terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan atau dimiliki.

PERTAMA:Anda mesti mempunyai produk yang akan dibeli oleh pelanggan. Ini boleh jadi merupakan suatu produk yang diperlukan oleh pengguna seperti aksesori kereta-motor; alat elektronik; penjagaan diri dan lain-lain serta perkhidmatan.

KEDUA: Anda juga perlukan sebuah "on-line website" atau blog. Busines internet merupakan sebuah busines yang cepat dengan kos pembiayaannya rendah dan afektif melalui pengiklanan dan promosi di internet.

Sumber bacaan menambah pendapatan:Teknik promosi ebook

KETIGA:Perkara yang tidak begitu mahal jika dilakukan ialah menulis eBook.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam internet business, anda perlu menulis eBook kerana inilah jalan yang terbaik untuk mengiklankan busines secara on-line. Perbelanjaannya juga rendah serta merupakan satu kaedah mendapatkan "targeted audience". eBook bukan sahaja untuk mempromosikan busines on-line anda, tetapi juga dapat memaparkan kepakaran anda dalam bidang-bidang tertentu yang anda kuasai sebagai "expert".

Jika anda tidak mempunyai kebolehan dalam penulisan, anda boleh mengupah penulis-penulis bebas (freelance writer). Anda hanya perlu membayar dengan harga yang rendah, tetapi anda boleh membuat salinan sehingga berapa banyak yang boleh diedarkan secara "on-line".

eBook boleh dihantar secara percuma melalui email, atau pun dimuat turun (downlosd) melalui laman web atau blog anda.

Jangan bimbang atau takut menulis eBook. Pengetahuan adalah sesuatu yang berkuasa. eBook yang anda hasilkan akan mampu mempertingkatkan kredibiliti dang tanggapan pembaca atau pelanggan di internet. Ianya secara langsung akan memperbanyakkan jumlah trafik ke laman web (blog) anda.

Jadi, mulakan menulis eBook! Saya juga sedang menulis eBook tentang Nota PTK untuk guru.

Untuk menambah pengetahuan tentang eBook,Baca disini!








Wednesday, February 17, 2010

BAGAIMANA MENULIS KANDUNGAN YANG MENGKAGUMKAN UNTUK BLOG ANDA?

BLOG adalah tempat yang paling baik untuk membincangkan idea-idea, pandangan peribadi, usul-usul yang bernas, dan pelbagai jenis maklumat yang mudah seperti mana ianya direka. Banyak perkara yang boleh anda paparkan mengikut sasaran pelawat yang diselaraskan mengikut kandungannya. Walau bagaimana pun, ini juga bergantung kepada bagaimana anda menghasilkan blog yang mempunyai perbezaan dalam pelbagai "contents". Anda akan menemui kandungan blog yang "unique" dan amat menraik jika ditulis dalam kaedah yang berelainan.

1."Tone of your writing".



Anda boleh membaca disini!
Gitar menentukan irama muzik