Showing posts with label ebook. Show all posts
Showing posts with label ebook. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

LENGKAPKAN BUKU PERTAMA ANDA MELALUI "SIMPLE HABITS".

Ramai penulis gagal melengkapkan buku kerana tidak mempunyai "habits" yang senang. Secara sedar, "habits" atau amalan ini nampaknya mudah, tetapi pelaksanaannya agak sukar. Saya suka menyenaraikannya untuk panduan anda dalam menghasilkan buku pertama.

1. Masa menulis.
Amalan yang paling penting dilakukan ialah menulis setiap hari. Anda MESTI menetapkan atau mencari masa untuk menulis pada setiap hari tanpa TIDAK!Anda mungkin hanya menulis satu atau dua muka surat dalam sehari. Ini pun sebenarnya sudah memadai dan mencukupi asalkan anda tetap menulis pada setiap hari.Adalah amat baik jika anda menetapkan masa untuk menulis sama ada suatu masa di waktu pagi; atau selepas makan tengahari; atau selepas waktu kerja dan mungkin waktu sebelum tidur.(Itu pun kalau tidak diganggu oleh isteri atau suami...) Pilihlah masa anda dalam sehari dari tidak melakukan langsung aktiviti penulisan. Tetapkan masa hanya lebih kurang 30 minit hingga 2 jam adalah tempuh terbaik untuk menulis. Mulakan sekarang!



2. Menulis secara berfokus.
Elakkan gangguan-gangguan sewaktu menulis, sama ada melayari internet, melayan e-mel dan sebagainya. Sebaiknya, putuskan internet dan padamkan telefon atau "handphone" sertakan jauhkan "headphone" dari telingan anda. Dengan cara ini, anda akan lebih fokus dalam menulis. Mungkin fokus anda untuk menulis eBook.


3. Adakan buku log(writing log).
Sediakan yang "simple" untuk mencatat aktiviti penulisan anda seperti bilangan perkataan, bilangan helaian, topik yang anda tulis. Biasakan menyemak semula hasil penulisan anda, dan tuliskan dalam buku log anda. Semak ejaan dan susun atur bahasa. (Elakkan atau kurangkan laras bahasa formal). Anda akan berasa puas hati jika anda menulis seperti apa yang anda kehendaki. Ini sekurang-kurangnya akan menambah minat anda untuk menmulis setiap hari.


4. Masa idea (idea time)>
Sentiasa mencari idea atau berfikir untuk menulis sesuatu yang berfaedah kepada pembaca. Latihan berfikir untuk mencari idea adalah penting dan menjadikan anda pakar dan mahir untuk menjana idea menjadi sebuah artikel, buku atau buletin.


5. Menangkap idea (capture ideas).
Anda didatangi dengan pelbagai idea dalam setiap hari di tempat yang berbeza. Mungkin anda mempunyai idea untuk menulis semasa anda menghantar anak ke sekolah; atau semasa menziarahi kawan terlantar di hospital dan sebagainya. Idea-idea ini perlu direkod dengan segera dalam "notebook" atau diari. Idea yang datang pada masa-masa tertentu perlu dihargai dan akan menjadi bahan penulisan anda yang digemari ramai.Ada orang amat sukar mencari dan mendapat idea!




6. Bermula segera!
Anda perlu memulakan segera amalan menulis tanpa berlengah-lengah lagi. Sekiranya, anda belum memulakannya lagi, besar kemungkinan anda tidak akan menulis apa-apa. Tidak kira apa yang anda gtulios; yang penting ialah jari-jemari anda akan mula bergerak. Apabila anda bermula, menulis akan menjadi suatu perkara yang mudah dan menarik!


7. Menulis masa ilham datang.
Ini sepatutnya menjadi suatu rutin dan perlu dijadikan habit. Ilham adalah suatu idea yang datang tanpa mengira waktu dan tempat. Jangan lepaskan peluang. Mungkin anda ingin menulis sesuatu yang boleh menghasilkan pendapatan melalui kaedah pemasaran internet atau internet business yang berjaya melahirkan ramai jutawan internet di dalam mahu pun luar negara.

Thursday, February 25, 2010

MENGAPA EBOOKS ADALAH PERLU UNTUK KEJAYAAN USAHAWAN INTERNET?

Jika, anda telah menetapkan minda untuk berjaya dalam dunia usahawan internet atau "internet business", terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan atau dimiliki.

PERTAMA:Anda mesti mempunyai produk yang akan dibeli oleh pelanggan. Ini boleh jadi merupakan suatu produk yang diperlukan oleh pengguna seperti aksesori kereta-motor; alat elektronik; penjagaan diri dan lain-lain serta perkhidmatan.

KEDUA: Anda juga perlukan sebuah "on-line website" atau blog. Busines internet merupakan sebuah busines yang cepat dengan kos pembiayaannya rendah dan afektif melalui pengiklanan dan promosi di internet.

Sumber bacaan menambah pendapatan:Teknik promosi ebook

KETIGA:Perkara yang tidak begitu mahal jika dilakukan ialah menulis eBook.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam internet business, anda perlu menulis eBook kerana inilah jalan yang terbaik untuk mengiklankan busines secara on-line. Perbelanjaannya juga rendah serta merupakan satu kaedah mendapatkan "targeted audience". eBook bukan sahaja untuk mempromosikan busines on-line anda, tetapi juga dapat memaparkan kepakaran anda dalam bidang-bidang tertentu yang anda kuasai sebagai "expert".

Jika anda tidak mempunyai kebolehan dalam penulisan, anda boleh mengupah penulis-penulis bebas (freelance writer). Anda hanya perlu membayar dengan harga yang rendah, tetapi anda boleh membuat salinan sehingga berapa banyak yang boleh diedarkan secara "on-line".

eBook boleh dihantar secara percuma melalui email, atau pun dimuat turun (downlosd) melalui laman web atau blog anda.

Jangan bimbang atau takut menulis eBook. Pengetahuan adalah sesuatu yang berkuasa. eBook yang anda hasilkan akan mampu mempertingkatkan kredibiliti dang tanggapan pembaca atau pelanggan di internet. Ianya secara langsung akan memperbanyakkan jumlah trafik ke laman web (blog) anda.

Jadi, mulakan menulis eBook! Saya juga sedang menulis eBook tentang Nota PTK untuk guru.

Untuk menambah pengetahuan tentang eBook,Baca disini!