Showing posts with label perniagaan SMS. Show all posts
Showing posts with label perniagaan SMS. Show all posts

Friday, February 5, 2010

KEPENTINGAN INTERNET


INTERNET
sebagai gedung ilmu dan juga sebagai "platform" untuk perdagangan atau perniagaan. Banyak syarikat menceburi perniagaan melalui internet dan berjaya mengumpul jutaan dolar dalam sehari.(mungkin seminggu atau sebulan) Walau bagaimana pun, persaingan dalam dunia perniagaan melalui internet amatlah sengit. banyak juga syarikat yang "bungkus".

Selain daripada syarikat-syarikat yang berjaya, terdapat juga individu yang kaya raya kerana memiliki idea-idea perniagaan internet yang tersendiri dan berupaya menjana pendapatan yang tidak terbatas. Mereka memiliki perancangan dan menjana idea melalui laman web atau blog yang dibangunkan agar dapat memberi manfaat kepada mereka dan syarikat perniagaan online.

Bagaimana internet boleh dimanfaatkan sebagai medium perniagaan? Apakah yang dikatakan "pemasaran internet".

Kejayaan sebuah perniagaan internet adalah juga bergantung kepada beberapa platform lain seperti:
*Pengiklanan
*Affiliate program
*Newsletter
*Komuniti
*Kajian pemasaran


Dari segi pengiklanan terdapat amat banyak website untuk pengiklanan, seperti:
Panduan iklan
Buluh Mas

Artikel pengiklanan:
Pengiklanan Internet

Berkaitan dengan program affiliate juga banyak terdapat dalam internet.

Sunday, January 10, 2010

TEKNOLOGI IKLAN GOOGLE

Hari ini saya teringat hendak menulis tentang TEKNOLOGI PENGIKLANAN GOOGLE.Saya pun kadang-kadang tertanya-tanya macam mana busines TEKNOLOGI PENGIKLANAN GOOGLE boleh menampung perkhidmatan internet seluruh dunia???

Kemampuan GOOGLE dalam persaingan"search engine" atau "enjin pencarian" menjadikan TEKNOLOGI PENGIKLANAN GOOGLE berkembang hingga menjadi sumber pendapatan utama GOOGLE.

GOOGLE menguasai lebih 56% pasaran "search engine" dan menjadi pilihan utama para pengiklan di seluruh dunia.

Pengiklanan adalah sumber pendapatan utama GOOGLE dan menghasilkan 97% daripada keseluruhan pendapatan.

Pengiklanan yang disediakan oleh GOOGLE ialah:

1.DoubleClick
2.AdWords

DoubleClick adalah untuk pengiklan kelas atasan dengan bayaran pengiklanan yang tinggi.
AdWords adalah untuk pengiklan kecil-kecilan dan diasaskan pada tahun 2005.

Selain itu, GOOGLE telah melancarkan GOOGLE ADVERTISING PROFESIONAL (GAP) pada tahun 2005 yang merupakan program melantik individu dan syarikat yang melengkapkan latihan AdWords

Tidak lama kemudian GOOGLE melahirkan AdSensedengan mengambil nama daripada DUA perkataan iaitu "ads" (iklan) dan "cents" (sen). Konsep AdSense ialah iklan boleh dipasang dengan harga yang paling murah.

AdWords

Adalah produk pengiklanan GOOGLE yang disediakan secara "on-line" di mana pemasangan iklannya dengan menampilkannya di GOOGLE, GOOGLE MAIL, Newsletter, radio dan TV.

Pengiklanan yang berdaftar dengan GOOGLE ADWORDS boleh meletakkan iklan berdasarkan:

- Kata kunci (keyword targeting)sebagai faktor yang menentukan kemunculan iklan.

Petikan dari Ezine:
Writing articles is a great way to target keywords you are trying to rank for, writing articles about your keywords, and publishing them on your site, and then building backlinks is one of the most efficient ways to raise your rankings to the first page. Another way is to buy links on websites with a similar content / products and getting them to link directly to your product / content pages for that keywords with the keyword in the link text. Another way to get links with Articles is to publish them to article directories with your keywords in the bio box linking back to your website.

Anda boleh kunjungi Webmaster Tools

- Kesesuaian penempatan (placement targeting) di mana pengiklan yang memilih website yang ada di Google untuk menampalkan iklan dan mempromosikan jenama atau produk.

Petikan:
One of the ways ads are targeted to AdSense publisher websites is through placement targeting. Placement targeting allows AdWords advertisers to choose specific ad placements where they'd like their ads to appear. An ad placement can be an entire website or a specific sub-set of ad units within that site, such as only ad units on sports pages or all ad units at the top of the page.

- Kata kunci gabungan antara "keyword and placement targeting" yang mana pengiklan menetapkan kata kunci "keyword" dan tempat letak iklan. Iklan akan muncul pada kandungan yang sesuai dengan jenama dan produk.

Anda boleh rujuk:
BINA BLOG.DOT

Tuesday, January 5, 2010

PROMOSI BLOG MELALUI TAGGED


tagged.com

Apabila anda melawat ke website ini tagged.com anda akan terbaca ayat ini
Tagged is a fun place for friends. Complete these to get the most out of Tagged!

SIAPA yang boleh “join” Tagged?

Tagged adalah terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Had umur yang dibenarkan ialah 13 tahun.
”Tagged is available to millions of people around the world! To join Tagged, you must be over 13 years old.”

Jika ada masalah anda boleh mengemukakan soalan DI SINI

Tagged adalah media yang menjadi penghubung sosial (interactive social experience)yang berasaskan penceritaan pengalaman-pengalaman orang-orang seperti anda. Ianya akan menjadi tempat yang akan dikunjungi pada setiap hari untuk menemui ”rakan-rakan baru” dan bercerita tentang pengalaman dan aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan.

HELP
Muka depan websitenya(dashboard) mempunyai tag-tag berikut:
• Home
• Profile
• Friends
• Groups
• Messages
• Browse
• Search
• account
• help
• signout
• Get More Gold
• Photos
• Gifts
• Tags
• Luv
• Wink
• Chat
• Meet Me
• Pets
• Poker
• Mafia Wars
• Video
• Compare
• New Visitors
• New Suggestions
• Birthdays
• Games
• More


Contoh laman:
CONTOH

BAGAIMANA Tagged berfungsi?

* Anda perlu membuat pendaftaran sebelum anda dapat "log in".
* Masukkan "personal profile" berserta dengan gambar.
* Senaraikan perkara-perkara kegemaran (your likes and dislikes).
* Nyatakan muzik kegemaran "favorite music"
* Movies dan segala-segala yang berkaitan yang perlu dituliskan untuk paparan kepada lain yang ingin mengenali anda.


ANDA juga boleh menjemput rakan yang lain mendaftar di tagged.com atau orang lain yang dijemput menjadi rakan anda.

Bacaan tambahan:
Edwardkhoo.com

Wednesday, December 30, 2009

PEMASARAN MENERUSI INTERNET

Jay Conrad Levinson telah menyatakan bahawa:

"Pemasaran bukan lah suatu peristiwa atau pun kejadian. Ia adalah satu proses di mana terdapat permulaan, pertengahan tetapi tiada akhirnya. Anda pertingkatkannya, jadikan ia sempurna, melakukan perubahan yang baik atau pun mungkin juga anda berehat sejenak. Tetapi, anda tidak boleh terus memberhentikannya".

Apakah yang dikatakan internet?

Pelbagai jawapan boleh diberikan. Antaranya:

      1. Internet adalah suatu yang berkaitan dengan komputer 2. Internet adalah suatu yang berkaitan dengan talian telefon 3. Internet adalah suatu yang berkaitan dengan laman web 4. Internet adalah suatu yang berkait dengan mel elektronik (e-mail) 5. Internet adalah ruang untuk "chating" (berborak) 6. Internet mempunyai "game" yang boleh dimainkan di komputer

Internet secara umumnya adalah:


1. Jaringan komputer antarabangsa yang berpaut bersama jutaan rangkaian komputer untuk menyebarkan pelbagai maklumat dan informasi, artikel, gambar, dan sebagainya.

2. Internet adalah fenomena budaya yang membolehkan manusia memuaskan keinginan untuk mendapatkan maklumat serta komunikasi segera menjadi kenyataan.

3. Internet membolehkan pengguna berkongsi maklumat.

4. Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang dikenali sebagai protokol internert (Transmission Control Program) atau TCP.

Ciri-ciri internet adalah:

1. Jaringan Sejagat -World Wide Web (www)

2. Mel elektronik (e-mail)untuk pengiriman maklumat yang pantas.

3. Kumpulan diskusi (Discussion group) yang berkaitan dengan forum,newsgroup atau papan buletin

4. Perbualan teks talian terus (chats) - ruangan borak

5. Muat turun (Download) fail, gambar dan sebagainya.

6. Perniagaan talian terus (online business) atau disebut juga internet marketing atau pemasaran internet yang banyak melibatkan para usahawan, pengiklan dan penerbit.


Apakah Pemasaran Melalui Internet

- Menjadi suatu KEMESTIAN bagi usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga memiliki laman web atau sekarang lebih dekenali sebagaui blog.

- Laman web yang menarik dan sarat dengan informasi adalah merupakan suatu KEPERLUAN untuk menarik pelanggan melayari laman web dan membeli atau melanggan produk serta perkhidmatan yang dipaparkan.

Perkara-perkara penting yang perlu difikirkan secara serius:

* Menyediakan laman web yang menarik.

* Melakukan pemasaran yang berkesan.

* Perlu adanya pengetahuan, masa dan usaha yang mencukupi untuk pemasaran perniagaan melalui internet (online marketing).

* Pemasaran melalui internet bukanlah suatu yang mudah.- MESTI TAHU CARA DAN TEKNIK!!!

Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini:
Noorizamshah.com
Blog Dinberamboi.com
Tip Blogging

Friday, December 25, 2009

JUTAWAN ERA BARU

Saya baca buku "JUTAWAN ERA BARU" tulisan GOBALA KRISHNAN.

Saya cukup teruja bila membacanya, apatah lagi buku ini ditulis oleh seorang pemuda yang bersemangat tinggi. Cuma, beberapa persoalan timbul..


Mampukah saya melaksanakan seperti apa yang disarankan? Sejauh mana kah saya boleh melakukan segala perancangan? ... dan akhir sekali, BERJAYAKAH SAYA MENCAPAI IMPIAN UNTUK MENJADI JUTAWAN ERA BARU YANG KE....(Barangkali ke-100)



Sepotong ayat keramat daripada buku ini membuatkan saya tidak berhenti-henti berfikir, iaitu:
"Perbaiki kelemahan anda dan menjadi SEDERHANA, perbaiki kekuatan anda dan menjadi HEBAT.."
Jika anda memperbaiki kelemahan anda, anda hanya akan menjadi orang yang SEDERHANA. Jika anda memperbaiki kekuatan anda, anda akan menjadi HEBAT; dan anda akan mendapat PENDAPATAN YANG HEBAT, KEHIDUPAN YANG HEBAT...






Adakah anda memahami atau pun dapat mendalami pengertian setiap patah-patah ayat ini? Saya mengambil masa berhari-hari mengulangi bacaan buku ini, khususnya pada ayat-ayat di atas. kini, saya sudah memahaminya. Antaranya; Sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak lari dari segala kelemahan semulajadi yang dikuniakan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Antara kelemahan yang lazimnya ialah rupa paras kita tidak cantik, tidak kaya, tidak cerdik atau bijak, dan sebagainya. Akan tetapi, kita juga dilahirkan dengan pelbagai kekuatan yang kita tidak sedari. Oleh itu, kekuatan inilah yang perlu kita cari. Setelah kita temui kekuatan ini,sebaiknya kita berusahalah untuk menjadikan ianya mantap dan berguna untuk penghidupan kita di masa hadapan.