Friday, December 25, 2009

JUTAWAN ERA BARU

Saya baca buku "JUTAWAN ERA BARU" tulisan GOBALA KRISHNAN.

Saya cukup teruja bila membacanya, apatah lagi buku ini ditulis oleh seorang pemuda yang bersemangat tinggi. Cuma, beberapa persoalan timbul..


Mampukah saya melaksanakan seperti apa yang disarankan? Sejauh mana kah saya boleh melakukan segala perancangan? ... dan akhir sekali, BERJAYAKAH SAYA MENCAPAI IMPIAN UNTUK MENJADI JUTAWAN ERA BARU YANG KE....(Barangkali ke-100)



Sepotong ayat keramat daripada buku ini membuatkan saya tidak berhenti-henti berfikir, iaitu:
"Perbaiki kelemahan anda dan menjadi SEDERHANA, perbaiki kekuatan anda dan menjadi HEBAT.."
Jika anda memperbaiki kelemahan anda, anda hanya akan menjadi orang yang SEDERHANA. Jika anda memperbaiki kekuatan anda, anda akan menjadi HEBAT; dan anda akan mendapat PENDAPATAN YANG HEBAT, KEHIDUPAN YANG HEBAT...






Adakah anda memahami atau pun dapat mendalami pengertian setiap patah-patah ayat ini? Saya mengambil masa berhari-hari mengulangi bacaan buku ini, khususnya pada ayat-ayat di atas. kini, saya sudah memahaminya. Antaranya; Sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak lari dari segala kelemahan semulajadi yang dikuniakan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Antara kelemahan yang lazimnya ialah rupa paras kita tidak cantik, tidak kaya, tidak cerdik atau bijak, dan sebagainya. Akan tetapi, kita juga dilahirkan dengan pelbagai kekuatan yang kita tidak sedari. Oleh itu, kekuatan inilah yang perlu kita cari. Setelah kita temui kekuatan ini,sebaiknya kita berusahalah untuk menjadikan ianya mantap dan berguna untuk penghidupan kita di masa hadapan.


Tuesday, December 22, 2009

4 Key Steps To A Highly Successful Internet Business

Ini saya perturunkan sebagai bahan bacaan tambahan:




Wednesday, December 16, 2009

TRAFIK MELALUI FACEBOOK

Apa itu Facebook?

Facebookatau panggilan comelnya ialah FB. Pengaruhnya pada hari ini amat menakjubkan dan dilihat semakin menular di kalangan masyarakat Malaysia ( bagi penggemar internet...yang tak gemar tu tak tau apa pun..)kalau dibandingkan dengan Myspace,Twitter,Linkedin,Frienster,hi5 dan sebagainya.

Bagaimana mendapatkan trafik melalui Facebook?
Ini menjadi persoalan yang penting kepada peminat perniagaan internet yang baru seperti saya. Namun, melalui pembacaan, toturial, e-book, video dan blog... saya telah dapat memahami serba sedikit (tapi, masih terlalu kurang..) tentang proses-prosesFacebook ini. Secara umumnya, kegunaan Facebook atau FB ini adalah untuk mencari kenalan atau sahabat lama yang terpisah apabila tamat pengajian di sekolah,maktab atau kolej dan univesiti. Bagi yang perempuan, mungkin terpisah kerana mengikut suami selepas berkahwin.

Facebook mempunyai "traffic-view" yang kukuh dan progresif (sentiasa bergerak maju).

Boleh layari Facebook saya:
Laman Facebook saya:



Anda boleh gunakanFB untuk mempromosikan produk, perkhidmatan atau blog anda dengan menggunakan kaedah"soft-selling" yang amat memberi kesan untuk jangka masa panjang. Caranya adalah seperti berikut:

Menggunakan fungsi "group" atau mengumpulkan "friends"
Ini boleh dilakukan dengan berhubung melalui mesej"inbox" dan juga "Wall". Dalam hal ini, cukup atau memadai anda memperkenalkan diri dengan mengucapkan salam 1Malaysia, bertanya khabar dan sebagainya.

Contoh
Saya Cikgudee:Menggemari Facebook untuk mencari kawan lama yang terpisah SERTA kawan baru untuk menjana pemikiran dalam "sembang-semabang"..
Bacaan lanjutan:
Reezluvcom

Affiliateaplus

Tuesday, December 15, 2009

WEBSITE TIDAK MENJADI DUIT

5 SEBAB UTAMA WEBSITE TIDAK MENJANA PENDAPATAN.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, di sini diperturunkan sebab-sebabnya. Baca, jangan tak baca... Saya dapatkan tip ini daripada artikel:Top 5 Reasons Your Website Doesn't Make Money yang ditulis oleh:Brian Armstrong.


Sebenarnya, ANDA mahu membuat duit. Kebanyakan mereka yang menyertai perniagaan internet,(termasuk anda) memang mengharapkan pendapatan yang lumayan. Jika anda mempunyai website atau blog atau bercadang menghasilkannya, elakkan melakukan perkara-perkara berikut yang mana akan menjadikan website atau blog anda tidak menghasilkan duit seperti yang diharapkan..


SEBAB 1:Anda lupa "marketing"(pemasaran)

Thursday, November 12, 2009

PERNIAGAAN SMS

Saya ingin membuka sedikit minda para "pelayar" internet.
Kebanyakan orang kita hari ini amat berminat untuk melayari internet. Ada antara orang-orang ini, akan berada berjam-jam di depan komputer atau "lap-top" semata-mata melayari internet. Kebanyakannya mungkin berhubung "chating" dengan sahabat-handai melalui "yahoo mail","Facebook" dan banyak lagi. Oleh itu, apa yang boleh dirumuskan ialah kita hanya membuang masa, tanpa sesuatu faedah. Apa kata kalau kita MENCUBA dalam perniagaan internet atau program affiliate. Sekurang-kurangnya kita ada suatu yang berfaedah semasa kita melayari internet. BELUM CUBA BELUM TAHUN.

Dari itu, marilah kita sama-sama mencuba bidang perniagaan di bawah:

HyproBULKSMS
HyproBULKSMS

Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Ciri-Ciri Seorang Usahawan Berjaya



Berikut adalah antara sifat-sifat usahawan yang berjaya sebagai tips pedoman untuk kita semua merenungi sejenak .
• Keperluan yang tinggi untuk berjaya.
• Hasrat untuk menerima cabaran.
• Bebas dari segi fikiran dan tindakan.
• Penyelesai masalah.
• Sering mengharapkan masa depan yang baik.
• Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.
• Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.
• Kesudian menerima tanggungjawab.
• Mahir berkomunikasi.
• Konsep diri yang positif.
• Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.
• Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.
• Berorietasikan perancangan.
• Berkemahiran dalam pengurusan.
• Menetapkan matlamat.
• Mahukan kemajuan.
• Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.
• Berkepimpinan.
• Bersungguh dan berusaha.
• Pandai membuat keputusan.
• Melihat satu-satu perkara dari sudut positif.
• Bersyukur dengan kehendak Tuhan.
Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!