"Pemasaran bukan lah suatu peristiwa atau pun kejadian. Ia adalah satu proses di mana terdapat permulaan, pertengahan tetapi tiada akhirnya. Anda pertingkatkannya, jadikan ia sempurna, melakukan perubahan yang baik atau pun mungkin juga anda berehat sejenak. Tetapi, anda tidak boleh terus memberhentikannya".
Apakah yang dikatakan internet?
Pelbagai jawapan boleh diberikan. Antaranya:
Internet secara umumnya adalah:
1. Jaringan komputer antarabangsa yang berpaut bersama jutaan rangkaian komputer untuk menyebarkan pelbagai maklumat dan informasi, artikel, gambar, dan sebagainya.
2. Internet adalah fenomena budaya yang membolehkan manusia memuaskan keinginan untuk mendapatkan maklumat serta komunikasi segera menjadi kenyataan.
3. Internet membolehkan pengguna berkongsi maklumat.
4. Internet menggunakan prosedur komunikasi piawai yang dikenali sebagai protokol internert (Transmission Control Program) atau TCP.
Ciri-ciri internet adalah:
1. Jaringan Sejagat -World Wide Web (www)
2. Mel elektronik (e-mail)untuk pengiriman maklumat yang pantas.
3. Kumpulan diskusi (Discussion group) yang berkaitan dengan forum,newsgroup atau papan buletin
4. Perbualan teks talian terus (chats) - ruangan borak
5. Muat turun (Download) fail, gambar dan sebagainya.
6. Perniagaan talian terus (online business) atau disebut juga internet marketing atau pemasaran internet yang banyak melibatkan para usahawan, pengiklan dan penerbit.
Apakah Pemasaran Melalui Internet
- Menjadi suatu KEMESTIAN bagi usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga memiliki laman web atau sekarang lebih dekenali sebagaui blog.
- Laman web yang menarik dan sarat dengan informasi adalah merupakan suatu KEPERLUAN untuk menarik pelanggan melayari laman web dan membeli atau melanggan produk serta perkhidmatan yang dipaparkan.
Perkara-perkara penting yang perlu difikirkan secara serius:
* Menyediakan laman web yang menarik.
* Melakukan pemasaran yang berkesan.
* Perlu adanya pengetahuan, masa dan usaha yang mencukupi untuk pemasaran perniagaan melalui internet (online marketing).
* Pemasaran melalui internet bukanlah suatu yang mudah.- MESTI TAHU CARA DAN TEKNIK!!!
Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini:
Noorizamshah.com
Blog Dinberamboi.com
Tip Blogging
No comments:
Post a Comment
Your comments here: