Monday, January 4, 2010

PELAWAT KEMBALI KE BLOG ANDA

9 TIPS MEMBUAT PELAWAT KEMBALI KE BLOG ANDA

1. Trafik -nadi sebuah blog atau laman web. Mampu menjana trafik ke blog, bermakna mampu menjana pendapatan.

2. Satu kaedah menjana trafik adalah melalui pelawat yang kembali semula ke blog anda.(pelawat setia)

ADA 9 TIPS MENJANA TRAFIK KE BLOG ANDA

1. Selalu mengemaskinikan kandungan blog.
* Masukkan artikal-artikal baru dan "hot"

* Blog yang tidak dikemaskini dianggap tidak aktif oleh"search-engine" dan tidak akan didatangi oleh pelawat.

* Pelawat yang mendatangi blog mahukan suatu "informasi" yang terkini dan menarik (interaktif blog).

2. Mengandungi gambar atau grafik yang menarik.
* dari segi psikologi "first-impression" adalah penting dan boleh dibangkitkan dengan gambar-gambar yang menarik.

3. Membangunkan blog yang unik dan "special".

* Blog yang dihasilkan sekurang-kurangnya mengadungi laporan percuma,e-book, promosi, program affiliate, video, MP3 dan sebagainya. Yang penting, jangan terlalu banyak sehingga masa "upload" terlalu lama menyebabkan pelawat bosan dan meninggalkan blog anda.

4. Guna aplikasi FeedBurner

*FeedBurner atau Feedblitz merupakan aplikasi yang mengumpulkan alamat-alamat e-mail pelawat blog. Oleh itu, ia boleh digunakan untuk membentuk "mailingt-list".

5. Letakkan link"Bookmark Artikel Ini".

6. Gunakan"link saranan"

* Gunakan laman sosial seperti Facebook, frienster, myspace, twitter dan lain-lain.

7. Kandungan blog selari dengan tema.

* Ini merupakan ciri atau aspek yang paling penting bagi menghidupkan blog yang dikunjungi pelawat. Sekiranya konten yang dikemukakan tidak selari dengan kehendak mereka, lazimnya mereka tidak akan kembali lagi.

8. Gunakan kata kunci (key words) yang sesuai
* Perlu adakan kajian "key words" untuk menentukan konten yang ditulis selaras dengan"key words".

9. Pastikan blog mempunyai standard jenama yang tersendiri.

* Penjenamaan adalah penting agar blog anda akan dikenali oleh pembaca. Jangan lupa meletakkan laman "Hubungi saya" di bahagian bawah muka surat, agar pembaca senang menghubungi anda.

Bacaan tambahan PerniagaanInternet

1 comment:

Your comments here: