Friday, December 25, 2009

JUTAWAN ERA BARU

Saya baca buku "JUTAWAN ERA BARU" tulisan GOBALA KRISHNAN.

Saya cukup teruja bila membacanya, apatah lagi buku ini ditulis oleh seorang pemuda yang bersemangat tinggi. Cuma, beberapa persoalan timbul..


Mampukah saya melaksanakan seperti apa yang disarankan? Sejauh mana kah saya boleh melakukan segala perancangan? ... dan akhir sekali, BERJAYAKAH SAYA MENCAPAI IMPIAN UNTUK MENJADI JUTAWAN ERA BARU YANG KE....(Barangkali ke-100)



Sepotong ayat keramat daripada buku ini membuatkan saya tidak berhenti-henti berfikir, iaitu:
"Perbaiki kelemahan anda dan menjadi SEDERHANA, perbaiki kekuatan anda dan menjadi HEBAT.."
Jika anda memperbaiki kelemahan anda, anda hanya akan menjadi orang yang SEDERHANA. Jika anda memperbaiki kekuatan anda, anda akan menjadi HEBAT; dan anda akan mendapat PENDAPATAN YANG HEBAT, KEHIDUPAN YANG HEBAT...






Adakah anda memahami atau pun dapat mendalami pengertian setiap patah-patah ayat ini? Saya mengambil masa berhari-hari mengulangi bacaan buku ini, khususnya pada ayat-ayat di atas. kini, saya sudah memahaminya. Antaranya; Sebagai manusia biasa kita sememangnya tidak lari dari segala kelemahan semulajadi yang dikuniakan oleh Tuhan Yang Maha Esa. Antara kelemahan yang lazimnya ialah rupa paras kita tidak cantik, tidak kaya, tidak cerdik atau bijak, dan sebagainya. Akan tetapi, kita juga dilahirkan dengan pelbagai kekuatan yang kita tidak sedari. Oleh itu, kekuatan inilah yang perlu kita cari. Setelah kita temui kekuatan ini,sebaiknya kita berusahalah untuk menjadikan ianya mantap dan berguna untuk penghidupan kita di masa hadapan.


Tuesday, December 22, 2009

4 Key Steps To A Highly Successful Internet Business

Ini saya perturunkan sebagai bahan bacaan tambahan: