Thursday, February 25, 2010

MENGAPA EBOOKS ADALAH PERLU UNTUK KEJAYAAN USAHAWAN INTERNET?

Jika, anda telah menetapkan minda untuk berjaya dalam dunia usahawan internet atau "internet business", terdapat beberapa perkara yang perlu disediakan atau dimiliki.

PERTAMA:Anda mesti mempunyai produk yang akan dibeli oleh pelanggan. Ini boleh jadi merupakan suatu produk yang diperlukan oleh pengguna seperti aksesori kereta-motor; alat elektronik; penjagaan diri dan lain-lain serta perkhidmatan.

KEDUA: Anda juga perlukan sebuah "on-line website" atau blog. Busines internet merupakan sebuah busines yang cepat dengan kos pembiayaannya rendah dan afektif melalui pengiklanan dan promosi di internet.

Sumber bacaan menambah pendapatan:Teknik promosi ebook

KETIGA:Perkara yang tidak begitu mahal jika dilakukan ialah menulis eBook.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam internet business, anda perlu menulis eBook kerana inilah jalan yang terbaik untuk mengiklankan busines secara on-line. Perbelanjaannya juga rendah serta merupakan satu kaedah mendapatkan "targeted audience". eBook bukan sahaja untuk mempromosikan busines on-line anda, tetapi juga dapat memaparkan kepakaran anda dalam bidang-bidang tertentu yang anda kuasai sebagai "expert".

Jika anda tidak mempunyai kebolehan dalam penulisan, anda boleh mengupah penulis-penulis bebas (freelance writer). Anda hanya perlu membayar dengan harga yang rendah, tetapi anda boleh membuat salinan sehingga berapa banyak yang boleh diedarkan secara "on-line".

eBook boleh dihantar secara percuma melalui email, atau pun dimuat turun (downlosd) melalui laman web atau blog anda.

Jangan bimbang atau takut menulis eBook. Pengetahuan adalah sesuatu yang berkuasa. eBook yang anda hasilkan akan mampu mempertingkatkan kredibiliti dang tanggapan pembaca atau pelanggan di internet. Ianya secara langsung akan memperbanyakkan jumlah trafik ke laman web (blog) anda.

Jadi, mulakan menulis eBook! Saya juga sedang menulis eBook tentang Nota PTK untuk guru.

Untuk menambah pengetahuan tentang eBook,Baca disini!