Monday, January 30, 2012

SUSAHNYA MENJAGA KERETA


Hari ini sahaja, saya sudah kena keluar RM700 lebih. Nak tahu pasal apa? Inilah pasa kereta yang sudah lama tak bergerak.. Habis semua jadi trouble. Tahu kah anda, bateri kena beli baru RM 160 yang kering punya. Pakai sahaja tidak payah masuk air. Kalau tahan sampai 2 atau 3 tahun kira ok le.. Lepas tu, enjin pulak tak boleh start. Panggil pormen datang tengok. Kena servis kaburator pulak.. Lepas itu, kena servis tangki minyak kerana tersumbat dan minyak tak sampai ke kaburator.. Lepas tu selesai enjin jalan lancar. Apa lagi, ongkosnya pak kena RM135.. Melopong juga llah anak yang nombor dua tu keluar duit bayar. Dia nak bawa kereta ke Shah Alam, sambung study dia 2nd semester. Aircond pula tak berfungsi. Hantar kedai aircond pulak, katanya kena pulak RM170. Sebelum itu, perghi check eksoz pula. Cina kedai tu kata hancur, kena RM280.. Cubalah anda kira berapa sekarang kena duit...Letih juga lah. Tapi, harap-harap anak saya itu tahu lah betapa susahnya nak maintain kereta



Tapi, semua orang mahu ingat, beli kereta baru lagu susah duit banyak keluar. Sepak teranjang sahaj mesti kena kurang lebih RM1000. Kalau beli kereta BMW atau Mercedez ke tak apa jugak. Tengok kereta BMW idaman saya. Saya pun tak tahu bila nak boleh pakai.. Harap-harap sebelum pejam mata bolehlah merasa. Bukan senang jugak!