Wednesday, January 27, 2010

ANDA PERLU ADA PENDAPATAN KEDUA!

MEMPUNYAI sumber pendapatan kedua bermaksud memiliki kepelbagaian pencarian sumber kewangan yang mana bagi setiap orang akan berbeza dengan orang lain. Memang ini suatu fenomena yang tidak boleh dinafikan, terutamanya untuk mengatasi dan membebaskan diri dari masalah kewangan yang dihadapi oleh setiap individu dan keluarga. Dalam hal ini, kita dapat lihat pelbagai usaha dijalankan untuk membangun dan menstabilkan pendapatan kedua atau lebih mudah dipanggil "side income". Mengikut kelazimannya, kebebasan mencari "side income" dengan peluang-peluang yang disediakan menampakkan kesan yang positif.

KENAPA ANDA PERLUKAN "SIDE INCOME"?

1. Mempertingkatkan keyakinan.
Salah satu aspek penting apabila anda memiliki pendapatan kedua atau "side income", ialah anda kelihatan lebih berkeyakinan.(Maklumlah duit banyak dalam bank). Ini bermakna, mencari pendapatan tambahan bukan semata-mata untuk menambah wang, tetapi juga dapat membina imej diri yang positif iaitu berani menghadapi cabaran, rajin berusaha, menggunakan masa lapang dengan maksimum, menghormati hak-hak privasi orang lain, meninggikan tahap keyakinan berkomunikasi dan lain-lain. Ini amat berbeza sekali kalau dibandingkan dengan mereka yang pasif dan tidak bergiat langsung mencari "side income". Mereka ini lazimnya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan dari gaji. Prinsip mereka lazimnya ialah "cukuplah dengan apa yang ada".


2. Mengamalkan sikap "walk-away".
Sikap ini membawa maksud, setiap orang yang memiliki pendapatan kedua akan sentiasa mencari jalan keluar atau penyelesaian masalah khususnya yang berkaitan dengan tahap kewangan. Mereka-mereka ini sentiasa mencari dan mencuba segala peluang-peluang yang ada tanpa berlengah-lengah atau "menunggu". Pemikiran mereka sentiasa positif. Anda juga perlu menjadi begini dan terdapat banyak peluang-peluang pendapatan di internet.Yang penting dan perlu ada pada diri anda ialah perasaan ingin mencuba. Dari perasaan inilah nanti akan menimbulkan sikap-sikap positif yang akan mengiringi segala usaha anda membaiki penghidupan agar menjadi lebih baik. Anda semestinya mempunyai impian.

3. Kepelbagaian pilihan.
Seperti mana pelaburan, aktiviti pendapatan kedua akan menambahkan kepelbagaian dalam aliran pendapatan anda. Dalam keadaan biasa, tidaklah baik sekiranya meletakkan "semua telur dalam sebuah bakul" untuk dijadikan stok. Dalam erti kata lain, kepelbagaian dalam mencari pendapatan akan membantu anda berlindung dari perkara-perkara yang terjadi tanpa disedari seperti majikan anda bankrup dan membuang anda dari bekerja; tempat kerja anda ditutup atas sebab kegagalan mematuhi undang-undang atau mengalami krisis kewangan yang teruk dan anda kehilangan pekerjaan. Anda tidak perlu bimbang sekirang anda memiliki pendapatan kedua atau "side-income".


4. Sekuriti (Berjaga-jaga/ Beringat sebelum kena)
Seandainya anda mempunyai semata-mata satu sumber pendapatan, ianya mungkin akan menyukarkan apabila terjadi sesuatu yang tidak diduga. Anda perlu ada kepelbagaian sumber pendapatan kedua. Biar pun pendapatan kedua itu memberi pulangan yang tidak besar, namun ianya cukup untuk sekuriti atau sebagai langkah berjaga-jaga seperti kata orang Melayu "beringat-ingat sebelum terkena". Kalau sudah terkena, menangis air mata darah sekali pun tak guna.

5. Ketenteraman minda (Kesihatan mental)
Dengan adanya sekuriti atau jaminan, secara tidak langsung akan mewujudkan ketenteraman atau ketenangan minda. Ketenangan minda ada kaitan dengan tahap kesihatan secara menyeluruh dan ini amat sukar diperolehi oleh kebanyakan orang pada zaman canggih ini. Apabila anda sudah berjaya mendapat pendapatan kedua, anda tidak perlu bimbang sekiranya berlaku krisis kewangan. Ketenangan minda akan menghindarkan tekanan (stress) atau pun ketegangan (tension). Lantas itu, maka anda lazimnya terhindar dari penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya sekiranya anda juga mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman.

BestBusinessMastery.com

6. Kepelbagaian dalam pekerjaan.
Perkara yang paling baik bila anda memiliki pendapatan kedua ialah mewujudkan kepelbagaian dalam pekerjaan yang juga memperbanyakan bidang praktikal kemahiran yang lain. Anda tidak terlalu tertumpu pada pekerjaan 9-5 (jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) sahaja sehingga menimbulkan kebosanan dan memerosotkan prestasi kerja. Sebaliknya, anda akan menjadi segar-bugar apabila melibatkan diri dalam pekerjaan pendapatan kedua yang lebih memberi cabaran dan keseronokan seperti menulis (umpamanya menulis blog, memasarkan blog dan sebagainya), bertukang kayu, pekerja sambilan di kedai buku dan sebagainya yang berkaitan dengan hobi tetapi memberi pulangan yang lumayan. Secara tidak langsung, bakat dan kemahiran anda dalam pelbagai bidang boleh dipergunakan untuk manfaat orang ramai.

7. Berusaha mencapai sasaran (target) atau matlamat kewangan.
Sumber pendapatan kedua membantu anda untuk mencapai sasaran kewangan malam jangka masa panjang. Amatlah mustahil, anda akan berjaya mengumpulkan sejumlah wang sekiranya hanya bergantung kepada pekerjaan utama. Contohnya, pekerja yang makan gaji biasanya hanya cukup untuk perbelanjaan makan-minum, sewa rumah dan ansuran kereta setiap bulan. Untuk menabung, mungkin sedikit atau pun jauh sekali. Berbelanja pun terpaksa berjimat-cermat dan berwaspada. Kalau hendak "enjoy:, mungkin terpaksa berkira-kira. Melalui pendapatan kedua. anda mungkin boleh merancang untuk menabung dengan jumlah yang agak besar. Tambahan lagi, mungkin anda bol;eh meletakkan sasaran untuk melancong ke Eropah dan sebagainya.

8. Banyak pilihan.
Sesetengah orang cenderong melakukan atau menjalankan pendapatan kedua semata-mata untuk mencari pendapatan yang khusus untuk "enjoy" atau duit main-main supaya tidak mengusik pendapatan bulanan. Walaupun begitu, tidak boleh dinafikan juga kerana ada juga yang menggunakan pendapatan kedua untuk menjelaskan bil-bil, membeli-belah dan melabur. Malah, hasil pendapatan kedua juga berupaya mengubah cara hidup (lifestyle). Ini adalah kerana,anda mempunyai banyak pilihan melalui pendapatan kedua.


9. Menyelesaikan masalah hutang.
Pendapatan kedua dipercayai boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang seperti kad kredit, sewa beli kereta (ansuran bulanan) dan lain-lain lagi. Sedikit sebanyak, ia menyelamatkan bebanan hutang yang sukar dilunasi sekiranya masih bergantung kepada pendapatan utama (basic income).

10. Menambah pendapatan.
Ada orang yang menggunakan 100% pendapatan kedua sebagai tabungan untuk masa depan keluarga terutama dalam pendidikan. Anda juga boleh melaksanakan begini. Yang paling penting ialah perancangan yang sistematik serta penjadualan kerja yang sempurna dan dipatuhi sepenuhnya. Umpamanya, dalam mencari pendapatan kedua melalui internet, anda boleh menjalankan program affiliate. Tahukah anda tentang program affiliate?


Boleh lawati blog saya yang berikut:Cikgudee Corner
Standard Guru Malaysia
Bolasepak Malaysia
Pelajaran
Impian Jutawan
Talking Something
Pendapatan Tambahan
Info Politik
MyBloglog
Hidup Rumahtangga
Kesihatan
Program Affiliate
Nota Blog
Blog Kurikulum
Herbs &Nutrition
Money Blogging
Dairi politik