Wednesday, November 11, 2009

MENJADI JUTAWAN


BAGAIMANA MENJADI JUTAWAN


Mungkin ramai yang akan menjawab TIDAK TAHU. Kalau hendak tahu, tanyalah pada JUTAWAN MALAYSIA.

Bagaimana membina minda jutawan?

I. Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
2. Matlamat mereka adalah jelas dan jitu
3. Matlamat mereka adalah besar dan sukar untuk dicapai
tetapi...

ianya tidak mustahil



Profile Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

Tips:
-Jutawan banyak memberi. (Petikan dari karya Dr Thomas Stanley)
-Hadis juga menyatakan bahawa sekiranya kita JIKA memberi 1 dengan ikhlas, 10 akan dikembalikan kepada kita.

Jadi, sekiranya anda jenis kedekut dan tidak suka memberi,
minta maaf, title jutawan bukanlah untuk anda!

JUTAWAN MALAYSIA
JUTAWAN INTERNET

8 Sikap Seorang Jutawan


1. Bekerja lebih daripada apa yang diperlukan.
2. Proaktif
3. Bertanggungjawab
4. Penyabar
5. Buat apa yang disukai
6. Jujur
7. Tetap pendirian
8. Dapat mengubah kegagalan menjadi satu kejayaan

PERTAMA: Bekerja lebih daripada apa yang diperlukan.


Sikap dan cara bekerja yang sentiasa bekerja melebihi apa yang diperlukan. Sebagai contoh, majikan anda menyuruh anda memberikan 5 cadangan untuk meningkatkan jualan syarikat. Rakan anda yang pertama hanya dapat memberikan 3 cadangan, hasilnya dia dimarahi oleh majikan. Rakan anda yang kedua memberikan 5 cadangan. Hasilnya dia telah memenuhi kehendak majikan. Akan tetapi, oleh kerana anda mempunyai sikap seorang jutawan maka anda telah memberikan 10 cadangan kepada majikan anda, walau pun yang dikehendaki hanya 5. Majikan anda akan merasa tersangat-sangat gembira. Silap haribulan dapat naik pangkat lagi. Secara rasionalnya setiap pekerja adalah merupakan pelaburan, jika pelaburan tidak dapat memenuhi prestasi yang harapkan sudah tentu lebih baik tak payah melabur. Walaupun apa kerja yang anda lakukan tetapkan minda “Saya perlu bekerja lebih daripada apa yang diperlukan”.

KEDUA: Proaktif


Sikap tunggu dan lihat adalah suatu sikap yang perlu dijauhi dan perlu mengamalkan sifat Proaktif. Jika seseorang yang ingin berjaya perlu ada dalam diri sikap proaktif bukannya hanya menunggu dan lihat sahaja. Terdapat kisah dimana seorang pemuda di Britain yang mengalami masalah penerbangan ditunda. Apakah yang anda akan lakukan jika pernerbangan anda ditunda? Lazimnya kebanyakan orang pasti akan menunggu pernerbangan yang berikutnya, ataupun melakukan aktiviti lain untuk mengisi masa yang tertunda. Tetapi ini berlainan pula kepada pemuda ini di mana, ia telah menyewa kapal terbang daripada syarikat lain dan kemudian meminjam whiteboard dan mempromosikan tiket ke destinasi yang ditunda itu. Sekejap sahaja tiketnya laris seperti goreng pisang panas. Semenjak itu bermula syarikat tambang murah pertama dunia iaitu

Virgin Airways.





Anda boleh lawati : KLIK
Ingin Menjadi Superhero? Klik Disini!

No comments:

Post a Comment

Your comments here: