Monday, January 4, 2010

MERANCANG BLOG ATAU LAMAN WEB.

SEBELUM melakukan sesuatu, adalah penting merangka dan menyusun suatu pelan perancangan untuk membangunkan blog atau laman web. Selalu berlaku sesuatu yang tergesa-gesa dan tidak sabar untuk menghasilkan blog atau laman web.Perancangan adalah amat penting agar perasaan tidak sabar tidak mengganggu proses membangunkan blog atau laman web.

PERTAMA sekali hendaklah ditentukan KONSEP dan MATLAMAT blog atau laman web yang akan anda bina.Dalam hal ini, kenalpasti jenis, strukutur, idea,bahan kandungan, senarai rujukan dan sebagainya lagi.


APAKAH YANG DIKATAKAN KONSEP BLOG ATAU LAMAN WEB?

Merupakan tema keseluruhan dan bidang yang menjadi cakupan atau persoalan blog atau laman web:


1. Komersial yang mempromosikan produk dan perkhidmatan;

2. Kelab yang memberi maklumat tentang kelab - aktiviti, kalendar dan lain-lain.

3. Pertubuhan agama - membicarakan perkara-perkara pokok agama;
4. Inspirasi yang menawarkan artikal, motivasi, nasihat untuk pembangunan diri;
5. Sumber maklumat -informasi tentang budaya, adat, petua dan pelbagai lagi.

SELEPAS anda mengkalsifikasikan konsep blog atau laman web yang hendak dihasilkan, anda hendaklah memperincikan konsep itu menjadi lebih khusus atau minor. Sebagai contoh, anda ingin membina blog atau laman web yang mempromosikan bisnes perabut kayu.


Konsep utama (Core site concept):
* Memberi malumat kepada komuniti tempatan tentang promosi perkhidmatan memulih dan membaiki paerabut kayu.

Konsep khusus(initial list -minor):
Mencakupi perkara-perkara:
* Pemulihan, pembinaan dan penciptaan semula (re-creation) perabut kayu.
* Perabut kayu antik dan kontemporari.
* Kepingan atau bongkah kayu bermutu tinggi dari yang besar hingga kecil.
* "Solid woods" dan "veneers".
* "Lacquering".
* Ukiran kayu atau wood carving

PALING PENTING: REKAAN BLOG ATAU LAMAN WEB ADALAH UNTUK MENARIK RAMAI PEMBACA!

Apa pun jenis blog atau laman web yang dibangunkan adalah sebenarnya untuk menyediakan sebuah ruang komunikasi untuk penyebaran informasi atau maklumat yang penting kepada pembaca. Jadi, cari dan lakukan kajian serta penyelidikan untuk mendapatkan gambaran maklumat yang hendak disampaikan.

No comments:

Post a Comment

Your comments here: