Thursday, February 11, 2010

SEBAB-SEBAB INTERNET BOLEH DIJADIKAN ALAT PERNIAGAAN

1.Beroperasi sepanjang masa.

Pemasaran melalui laman web atau blog tiada masa rehat atau cuti hujung minggu mahu pun cuti hari perayaan.Laman web sentiasa beroperasi sepanjang 24 jam dan 7 hari seminggu (24-7).

2. Bilangan pekerja adalah minima.

Laman web dibiarkan beroperasi sendiri atau otomatik. Pelanggan yang bermasalah mengakses laman web boleh mendapatkan ruangan bantuan (help) atau FAQ (Frequently Ask Question). Peniaga akan menggunakan e-mail untuk membalas masalah-masalah kritikal pelanggan yang berkaitan penggunaan produk dan perkhidmatan.

Bacaan lanjut:Emailcashpro

3. Pelanggan tidak terbatas atau terhad.

Sesiapa sahaja boleh melakukan perniagaan internet, sama ada individu, syarikat kecil atau besar. Yang membezakan antara seseorang individu atau syarikat-syarikat yang menyertai perniagaan ini adalah kualiti laman web yang mencakupi "presentation" atau persembahan, "content" atau kandungan, dan "facilities" atau kemudahan sesebuah laman web(blog) yang menjadi kayu pengukur untuk menarik trafik. Jumlah atau bilangan pengunjung yang ramai melawat sesebuah laman web (blog) bererti aliran trafik meningkat dan menarik banyak pengiklanan daripada syarikat.Pengiklanan menjadi punca pendapatan tambahan kepada pengusaha-pengusaha laman web (blog).



4. Pasaran bertaraf antarabangsa.

Melalui internet, setiap perniagaan yang diwujudkan adalah dikira bertaraf antarabangsa. Ini adalah kerana, capaian internet adalah ke seluruh dunia. Lagi pun, menjalankan perniagaan bertaraf antarabangsa di internet adalah mudah dan yang perlu diketahui ialah tukaran mata wang asing, kaedah penghantaran, cara dan terma pembayaran.

http://www.emailcashpro.com

5. Mengurangkan bebanan penyimpanan stok.

Penyimpanan stok memerlukan ruang dan menghadapi kos susut nilai bagi syarikat tradisional. Ini tidak berlaku pada syarikat perniagaan internet. Penyimpanan stok mereka adalah paling minima dan semua contoh (sampel) produk dipamerkan melalui laman web di internet yang tidak memerlukan ruang untuk "show room" yang perlu disewa dan sebagainya. Yang paling penting untuk pengiklanan internet ialah daya kreativiti dan inovatif untuk menarik pelawat agar membeli atau melayari laman web syarikat berkenaan.

Bacaan lanjut:Infinitydownline

6. Kepelbagaian media.

Informasi kepada pengguna boleh dilakukan melalui teks, grafik,audio dan video. Setiap media ini boleh diubah pada bila-bila masa tanpa melibatkan kos yang tinggi.Aplikasi-aplikasi lain seperti animasi 3D, email, chat, forum dan video conference, juga boleh digunakan agar promosi menjadi lebih menarik dan menguja perhatian pembaca.

No comments:

Post a Comment

Your comments here: