Friday, February 5, 2010

KEPENTINGAN INTERNET


INTERNET
sebagai gedung ilmu dan juga sebagai "platform" untuk perdagangan atau perniagaan. Banyak syarikat menceburi perniagaan melalui internet dan berjaya mengumpul jutaan dolar dalam sehari.(mungkin seminggu atau sebulan) Walau bagaimana pun, persaingan dalam dunia perniagaan melalui internet amatlah sengit. banyak juga syarikat yang "bungkus".

Selain daripada syarikat-syarikat yang berjaya, terdapat juga individu yang kaya raya kerana memiliki idea-idea perniagaan internet yang tersendiri dan berupaya menjana pendapatan yang tidak terbatas. Mereka memiliki perancangan dan menjana idea melalui laman web atau blog yang dibangunkan agar dapat memberi manfaat kepada mereka dan syarikat perniagaan online.

Bagaimana internet boleh dimanfaatkan sebagai medium perniagaan? Apakah yang dikatakan "pemasaran internet".

Kejayaan sebuah perniagaan internet adalah juga bergantung kepada beberapa platform lain seperti:
*Pengiklanan
*Affiliate program
*Newsletter
*Komuniti
*Kajian pemasaran


Dari segi pengiklanan terdapat amat banyak website untuk pengiklanan, seperti:
Panduan iklan
Buluh Mas

Artikel pengiklanan:
Pengiklanan Internet

Berkaitan dengan program affiliate juga banyak terdapat dalam internet.

Wednesday, January 27, 2010

ANDA PERLU ADA PENDAPATAN KEDUA!

MEMPUNYAI sumber pendapatan kedua bermaksud memiliki kepelbagaian pencarian sumber kewangan yang mana bagi setiap orang akan berbeza dengan orang lain. Memang ini suatu fenomena yang tidak boleh dinafikan, terutamanya untuk mengatasi dan membebaskan diri dari masalah kewangan yang dihadapi oleh setiap individu dan keluarga. Dalam hal ini, kita dapat lihat pelbagai usaha dijalankan untuk membangun dan menstabilkan pendapatan kedua atau lebih mudah dipanggil "side income". Mengikut kelazimannya, kebebasan mencari "side income" dengan peluang-peluang yang disediakan menampakkan kesan yang positif.

KENAPA ANDA PERLUKAN "SIDE INCOME"?

1. Mempertingkatkan keyakinan.
Salah satu aspek penting apabila anda memiliki pendapatan kedua atau "side income", ialah anda kelihatan lebih berkeyakinan.(Maklumlah duit banyak dalam bank). Ini bermakna, mencari pendapatan tambahan bukan semata-mata untuk menambah wang, tetapi juga dapat membina imej diri yang positif iaitu berani menghadapi cabaran, rajin berusaha, menggunakan masa lapang dengan maksimum, menghormati hak-hak privasi orang lain, meninggikan tahap keyakinan berkomunikasi dan lain-lain. Ini amat berbeza sekali kalau dibandingkan dengan mereka yang pasif dan tidak bergiat langsung mencari "side income". Mereka ini lazimnya bergantung sepenuhnya dengan pendapatan dari gaji. Prinsip mereka lazimnya ialah "cukuplah dengan apa yang ada".


2. Mengamalkan sikap "walk-away".
Sikap ini membawa maksud, setiap orang yang memiliki pendapatan kedua akan sentiasa mencari jalan keluar atau penyelesaian masalah khususnya yang berkaitan dengan tahap kewangan. Mereka-mereka ini sentiasa mencari dan mencuba segala peluang-peluang yang ada tanpa berlengah-lengah atau "menunggu". Pemikiran mereka sentiasa positif. Anda juga perlu menjadi begini dan terdapat banyak peluang-peluang pendapatan di internet.Yang penting dan perlu ada pada diri anda ialah perasaan ingin mencuba. Dari perasaan inilah nanti akan menimbulkan sikap-sikap positif yang akan mengiringi segala usaha anda membaiki penghidupan agar menjadi lebih baik. Anda semestinya mempunyai impian.

3. Kepelbagaian pilihan.
Seperti mana pelaburan, aktiviti pendapatan kedua akan menambahkan kepelbagaian dalam aliran pendapatan anda. Dalam keadaan biasa, tidaklah baik sekiranya meletakkan "semua telur dalam sebuah bakul" untuk dijadikan stok. Dalam erti kata lain, kepelbagaian dalam mencari pendapatan akan membantu anda berlindung dari perkara-perkara yang terjadi tanpa disedari seperti majikan anda bankrup dan membuang anda dari bekerja; tempat kerja anda ditutup atas sebab kegagalan mematuhi undang-undang atau mengalami krisis kewangan yang teruk dan anda kehilangan pekerjaan. Anda tidak perlu bimbang sekirang anda memiliki pendapatan kedua atau "side-income".


4. Sekuriti (Berjaga-jaga/ Beringat sebelum kena)
Seandainya anda mempunyai semata-mata satu sumber pendapatan, ianya mungkin akan menyukarkan apabila terjadi sesuatu yang tidak diduga. Anda perlu ada kepelbagaian sumber pendapatan kedua. Biar pun pendapatan kedua itu memberi pulangan yang tidak besar, namun ianya cukup untuk sekuriti atau sebagai langkah berjaga-jaga seperti kata orang Melayu "beringat-ingat sebelum terkena". Kalau sudah terkena, menangis air mata darah sekali pun tak guna.

5. Ketenteraman minda (Kesihatan mental)
Dengan adanya sekuriti atau jaminan, secara tidak langsung akan mewujudkan ketenteraman atau ketenangan minda. Ketenangan minda ada kaitan dengan tahap kesihatan secara menyeluruh dan ini amat sukar diperolehi oleh kebanyakan orang pada zaman canggih ini. Apabila anda sudah berjaya mendapat pendapatan kedua, anda tidak perlu bimbang sekiranya berlaku krisis kewangan. Ketenangan minda akan menghindarkan tekanan (stress) atau pun ketegangan (tension). Lantas itu, maka anda lazimnya terhindar dari penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya sekiranya anda juga mengawal pemakanan serta mengamalkan senaman.

BestBusinessMastery.com

6. Kepelbagaian dalam pekerjaan.
Perkara yang paling baik bila anda memiliki pendapatan kedua ialah mewujudkan kepelbagaian dalam pekerjaan yang juga memperbanyakan bidang praktikal kemahiran yang lain. Anda tidak terlalu tertumpu pada pekerjaan 9-5 (jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang) sahaja sehingga menimbulkan kebosanan dan memerosotkan prestasi kerja. Sebaliknya, anda akan menjadi segar-bugar apabila melibatkan diri dalam pekerjaan pendapatan kedua yang lebih memberi cabaran dan keseronokan seperti menulis (umpamanya menulis blog, memasarkan blog dan sebagainya), bertukang kayu, pekerja sambilan di kedai buku dan sebagainya yang berkaitan dengan hobi tetapi memberi pulangan yang lumayan. Secara tidak langsung, bakat dan kemahiran anda dalam pelbagai bidang boleh dipergunakan untuk manfaat orang ramai.

7. Berusaha mencapai sasaran (target) atau matlamat kewangan.
Sumber pendapatan kedua membantu anda untuk mencapai sasaran kewangan malam jangka masa panjang. Amatlah mustahil, anda akan berjaya mengumpulkan sejumlah wang sekiranya hanya bergantung kepada pekerjaan utama. Contohnya, pekerja yang makan gaji biasanya hanya cukup untuk perbelanjaan makan-minum, sewa rumah dan ansuran kereta setiap bulan. Untuk menabung, mungkin sedikit atau pun jauh sekali. Berbelanja pun terpaksa berjimat-cermat dan berwaspada. Kalau hendak "enjoy:, mungkin terpaksa berkira-kira. Melalui pendapatan kedua. anda mungkin boleh merancang untuk menabung dengan jumlah yang agak besar. Tambahan lagi, mungkin anda bol;eh meletakkan sasaran untuk melancong ke Eropah dan sebagainya.

8. Banyak pilihan.
Sesetengah orang cenderong melakukan atau menjalankan pendapatan kedua semata-mata untuk mencari pendapatan yang khusus untuk "enjoy" atau duit main-main supaya tidak mengusik pendapatan bulanan. Walaupun begitu, tidak boleh dinafikan juga kerana ada juga yang menggunakan pendapatan kedua untuk menjelaskan bil-bil, membeli-belah dan melabur. Malah, hasil pendapatan kedua juga berupaya mengubah cara hidup (lifestyle). Ini adalah kerana,anda mempunyai banyak pilihan melalui pendapatan kedua.


9. Menyelesaikan masalah hutang.
Pendapatan kedua dipercayai boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang seperti kad kredit, sewa beli kereta (ansuran bulanan) dan lain-lain lagi. Sedikit sebanyak, ia menyelamatkan bebanan hutang yang sukar dilunasi sekiranya masih bergantung kepada pendapatan utama (basic income).

10. Menambah pendapatan.
Ada orang yang menggunakan 100% pendapatan kedua sebagai tabungan untuk masa depan keluarga terutama dalam pendidikan. Anda juga boleh melaksanakan begini. Yang paling penting ialah perancangan yang sistematik serta penjadualan kerja yang sempurna dan dipatuhi sepenuhnya. Umpamanya, dalam mencari pendapatan kedua melalui internet, anda boleh menjalankan program affiliate. Tahukah anda tentang program affiliate?


Boleh lawati blog saya yang berikut:Cikgudee Corner
Standard Guru Malaysia
Bolasepak Malaysia
Pelajaran
Impian Jutawan
Talking Something
Pendapatan Tambahan
Info Politik
MyBloglog
Hidup Rumahtangga
Kesihatan
Program Affiliate
Nota Blog
Blog Kurikulum
Herbs &Nutrition
Money Blogging
Dairi politik

Thursday, January 14, 2010

MENGHANTAR ALAMAT BLOG KEPADA SEARCH ENGINE

Blog atau laman web yang sudah siap dibina hendaklah di hantar kepada "search engine" supaya "spider search engine" akan mencari dan mengindeks blog atau laman web anda. Tanpa proses penghantaran ke "search engine" ini, akan menjadikan blog atau laman web anda "beku dalam kedinginan" dan tidak akan memasuki "page rank" yang terbaik sekurang-kurang berada di kalangan 100 page teratas. Ini adalah suatu keperluan yang mesti dilaksanakan oleh penulis blog, terutamanya yang menulis sambil melakukan pemasaran internet.
Bacaan lanjutan: BELAJAR SEO.com

Terdapat beberapa "search engine" yang popular di kalangan penulis blog atau laman web, iaitu:
1. Google
2. Yahoo Search
3. Windows Live
4. Altavista

Ini kira "search engine" yang tidak payah bayar (PERCUMA!!!). tapi, ada juga yang kena bayar, seperti:

1. Technorati.

Technorati.com was just relaunched on October 13, 2009. This was the most signifjavascript:void(0)icant relaunch we have ever undertaken. The front end of the site is completely new and much of our search technology has been significantly changed as well.

2. Miva yang memilikiSearchfeed

Advertise your business on the MIVA Network and you'll be in the right place to reach your customers at exactly the right time - when they are actively looking for your products and services.

3. Facebook.ads atau dikenali juga sebagai "FaceBook Flyers"
"Reach your exact audience and connect real customers to your business."

4. Looksmart

"LookSmart is uniquely suited to complement your SEM efforts with incremental traffic beyond the major search engines: We aggregate consumer searches from a broad spectrum of search networks, domains, and publishers to provide time- and resource-efficient access to a largely unduplicated cross-section of the search marketplace."

5. Superpage.com

"When you use a business with the SuperGuarantee, you'll get the job done right, or we'll step in and help to make it right.* In fact, we're so confident in these super businesses, we stand behind their services. "

6. Search123.com

"Search123 is a new UK Pay-Per-Click (PPC) search engine. It is an affordable
complement to other leading PPC search engines, offering advertisers a cost-effective way to drive qualified traffic to their website, and publishers the ability to generate new revenue whilst providing their website visitors with valuable web search functionality."


7. MySpace SelfServe Ads

"MySpace is now letting its current advertisers test their contextual and group targeting system, which lets advertisers target direct groups and sub-groups, with targeting broken down to the demographic level. The company plans to take this advertising system one step further, opening it up to any advertiser who wishes to use MySpace as a targeted market platform"

8. 7Search.com

"7Search.com has been a leading Pay Per Click Search Engine Advertising and Affiliate Network since our inception in 1999. As a Search Engine who is dedicated to value and service for online businesses, 7search.com provides thousands of Web entrepreneurs with an economical and measurable opportunity to obtain Internet traffic and generate revenue through their online presence."

Ada satu lagi, iaitu BlogSearch.com adalah merupakan "search engine" yang baik.

"Blog-Search is a search engine meant ONLY for Blog sites. Anyone submitting a site that is not blog related, will have their membership suspended, and will have their site removed from Blog-Search as well as ALL other Search Engines operated by JaydeOnline Inc."

FreeWeb Monitoring

"Free trial of our professional search engine submission service. Program includes website submission, 12 SEO tools and much more."

Untuk pengetahuan anda, setiap "search engine" yang disenaraikan di atas, mempunyai borang yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Namun begitu, ianya bukanlah terlalu sukar untuk difahami atau dilaksanakan. Sekiranya anda masih lagi "kelabu asap" , bolehlah melihat panduan pada HELP dan sentiasalah membawa kamus bagi kurang mahir Bahasa Inggeris.

Selepas anda menghantar alamat atau URL blog, lazimnya terpaksa menunggu paling minima 1 minggu untuk mendapatkan approval untuk diindeks dari pihak "search engine" yang berkaitan. Tunggu lah...

Anda bersabarlah menunggu, kerana kesabaran akan mendatangkan kebaikan!!!

PEMBANGUNAN LAMAN WEB: 10 KUNCI YANG PENTING.

Di dalam merekabentuk atau mencorak laman web(website) atau blog, terdapat beberapa kunci (keys) yang perlu digunakan untuk menjamin ketampakan (visibility) yang maksimum dan memberi kesan yang baik kepada niche anda.

Di sini, diperturunkan 10 kunci atau petunjuk yang boleh dijadikan sebagai "checklist" untuk anda menghasilkan laman web; blog, "sales letter online," atau semasa membuat "editing" ke atas "template" blog anda.

1. Pastikan penghasilan blog atau website anda unik.
2. Asingkan kod HTM dari CSS anda.
3. Pastikan "site" anda adalah hasilan sendiri. (bukan ciplak atau meniru).
4. Buat semakan (checking) dengan pelbagai "browsers" supaya mudah "uploading".
5. Gunakan kod khusus untuk "heading", "subheading" dan lain-lain.
6. Elakan menggunakan kombinasi warna yang "buruk" dan membosankan.
7. Lakukan persembahan dengan cermat - kurangkan penggunaan "Flash".
8. Persembahkan "banners" dan pengiklanan dengan baik dan terancang.
9. Dapatkan atau lantik orang lain sebagai "proofreading" (penyemak) teks yang dihasilkan untuk mengesan kesalahan bahasa dan ejaan.
10. Indeks secara manual dan elakan penggunaan sistem automatik.

Untuk melihat contoh sebuah blog, anda boleh layari Perniagaan Internet

Sunday, January 10, 2010

TEKNOLOGI IKLAN GOOGLE

Hari ini saya teringat hendak menulis tentang TEKNOLOGI PENGIKLANAN GOOGLE.Saya pun kadang-kadang tertanya-tanya macam mana busines TEKNOLOGI PENGIKLANAN GOOGLE boleh menampung perkhidmatan internet seluruh dunia???

Kemampuan GOOGLE dalam persaingan"search engine" atau "enjin pencarian" menjadikan TEKNOLOGI PENGIKLANAN GOOGLE berkembang hingga menjadi sumber pendapatan utama GOOGLE.

GOOGLE menguasai lebih 56% pasaran "search engine" dan menjadi pilihan utama para pengiklan di seluruh dunia.

Pengiklanan adalah sumber pendapatan utama GOOGLE dan menghasilkan 97% daripada keseluruhan pendapatan.

Pengiklanan yang disediakan oleh GOOGLE ialah:

1.DoubleClick
2.AdWords

DoubleClick adalah untuk pengiklan kelas atasan dengan bayaran pengiklanan yang tinggi.
AdWords adalah untuk pengiklan kecil-kecilan dan diasaskan pada tahun 2005.

Selain itu, GOOGLE telah melancarkan GOOGLE ADVERTISING PROFESIONAL (GAP) pada tahun 2005 yang merupakan program melantik individu dan syarikat yang melengkapkan latihan AdWords

Tidak lama kemudian GOOGLE melahirkan AdSensedengan mengambil nama daripada DUA perkataan iaitu "ads" (iklan) dan "cents" (sen). Konsep AdSense ialah iklan boleh dipasang dengan harga yang paling murah.

AdWords

Adalah produk pengiklanan GOOGLE yang disediakan secara "on-line" di mana pemasangan iklannya dengan menampilkannya di GOOGLE, GOOGLE MAIL, Newsletter, radio dan TV.

Pengiklanan yang berdaftar dengan GOOGLE ADWORDS boleh meletakkan iklan berdasarkan:

- Kata kunci (keyword targeting)sebagai faktor yang menentukan kemunculan iklan.

Petikan dari Ezine:
Writing articles is a great way to target keywords you are trying to rank for, writing articles about your keywords, and publishing them on your site, and then building backlinks is one of the most efficient ways to raise your rankings to the first page. Another way is to buy links on websites with a similar content / products and getting them to link directly to your product / content pages for that keywords with the keyword in the link text. Another way to get links with Articles is to publish them to article directories with your keywords in the bio box linking back to your website.

Anda boleh kunjungi Webmaster Tools

- Kesesuaian penempatan (placement targeting) di mana pengiklan yang memilih website yang ada di Google untuk menampalkan iklan dan mempromosikan jenama atau produk.

Petikan:
One of the ways ads are targeted to AdSense publisher websites is through placement targeting. Placement targeting allows AdWords advertisers to choose specific ad placements where they'd like their ads to appear. An ad placement can be an entire website or a specific sub-set of ad units within that site, such as only ad units on sports pages or all ad units at the top of the page.

- Kata kunci gabungan antara "keyword and placement targeting" yang mana pengiklan menetapkan kata kunci "keyword" dan tempat letak iklan. Iklan akan muncul pada kandungan yang sesuai dengan jenama dan produk.

Anda boleh rujuk:
BINA BLOG.DOT

Saturday, January 9, 2010

Panduan Pemblog

Perniagaan Internet Menjana Pendapatan

Feedbackform

Maklumbalas pembaca!




Subject: *
Name: *
E-mail Address: *
Mailing Address:
City:
State:
Zip Code:
Phone:
Message:
* RequiredCreate Email Forms